Nak Bina Website Pada Harga Murah
Saya nak tawarkan kepakaran saya untuk bantu anda hasilkan website cantik dan profesional pada harga bajet.
Anda hanya sediakan gambar – gambar produk, maklumat produk / servis yang ditawarkan dan selebihnya saya akan siapkan.
Klik butang kuning untuk terus ke Aplikasi WhatsApp.

Salam Hormat.
Nama saya Aiman dan saya adalah freelance front end web designer. Tapi saya tak nak cerita panjang tentang diri saya di sini, cukuplah anda kenal saya sebagai seorang web designer. Jom ketahui antara sebab utama anda kena ada website sendiri.
Kenapa Perlu Ada Website

Membina Identiti Di Online
Anda boleh membina identiti perniagaan anda di online dengan mewarwarkan kewujudan bisnes anda menerusi google.

Membina Kolam Prospek Yang Targetted
Website membenarkan anda meletakkan kod untuk menjejak semua pelawat yang pernah sampai ke website.

Kalis Perubahan Polisi Luaran
Website sendiri tidak tertakluk kepada polisi seperti yang dibuat oleh Facebook dan Instagram yang sentiasa berubah.

Fleksibel Untuk Tambah Feature
Mudah menambah fungsi website mengikut keperluan seperti ciri shopping cart pada masa depan.
Apa Kos Yang Terlibat Dalam Pembinaan Website

Domain
Namawebsite.com bernilai RM50 manakala domain namawebsite.my / com.my lebih mahal (RM120)

Hosting
Shared hosting untuk storan kecil (5GB) sudah berharga RM200 serta memori RAM 1GB.

Rekabentuk Website
Nak hasilkan website kena ada rekabentuk yang sesuai dengan logo (brand) dan produk. (Kos rekaan kadar amatur sekitar RM500 – RM800)

Penggunaan Modul
Sesetengah fungsi tambahan yang diminta menggunakan modul berbayar (kod dari pihak ketiga). (Berharga bermula dari RM200 – RM1000)

Ayat Penulisan
Penulisan di Website adalah antara elemen yang menarik pembaca sama ada dapat meyakinkan untuk membuat pembelian. (Dicaj mengikut patah perkataan)
Jadi kadar asas pembinaan website akan mencecah antara RM1300 – RM3000 untuk kos standard. Ianya tidak termasuk lagi kos penggunaan gambar – gambar stockphoto untuk diletakkan di website.
Tapi Saya Faham, Nak Mula Bisnes Banyak Modal kan..
Saya faham ada yang bermula sebagai Dropship tanpa modal je. Untung runcit baru RM30 satu produk. Kalau sebulan dapat jual 30 unit baru mencecah keuntungan RM900.
Saya juga pernah alami situasi ini. Tambahan pula nak pakai duit untuk persekolahan anak, nak bayar roadtax yang dah nak mati lagi. Belum kira kos tetap seperti sewa rumah, sewa kereta, bil astro bil elektrik dan tol.
Tapi kita tak boleh jadikan alasan ini untuk tidak berubah mengikut era teknologi digital sekarang ni!
Ini Tawaran Yang Boleh Saya Berikan Untuk Bantu Anda
800
Dengan harga RM800 ini, saya akan berikan anda :
1. Domain .com
2. Shared Hosting bersaiz 5GB
3. Website Design Untuk 4 Page / 1 Full Page All In
4. Percuma Copywriting
5. Kaedah Pembelian ke WhatsApp & Borang Pertanyaan
Nota: Tawaran ini akan tamat bila-bila masa. Jika anda mencari servis bina website murah, inilah masanya. Hanya RM699 RM800 (maaf harga telah dinaikkan) untuk 4 page website. Klik butang di atas untuk booking slot terhad ini.
BONUS TAMBAHAN
On-Page SEO
Penulisan Landing Page Dengan SEO akan memudahkan carian di google. Ia akan membantu dari segi kempen pengiklanan Google Ads juga.
Blog Page
Anda juga akan menerima laman blog page yang mana ianya membantu pelanggan menjumpai laman web dengan bantuan artikel di blog ini.
Pendaftaran Google MyBusiness
Jika anda ada kedai fizikal, manfaatkan fungsi Google MyBusiness di mana nama kedai anda terpapar di dalam peta Google Map.