Hello! I'm Aiman

Web Designer & Lifestyle Blogger

About Me

Merupakan seorang lepasan Ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, saya merupakan bekas tutor di sebuah kolej swasta di ibu kota. Selepas beberapa tahun menimba ilmu dalam bidang pendidikan, saya terjun secara tidak sengaja dalam bidang IT kerana minat yang begitu mendalam yang terpupuk semasa menjadi tutor.

Setelah itu, hasil eksplorasi pembelajaran sendiri dan juga menghadiri beberapa siri kursus pembinaan website untuk memantapkan ilmu dalam web designing, kini saya selesa dikenali sebagai Front End Web Designer.

Dengan kepakaran dalam menghasilkan website daripada scratch mahupun menggunakan WordPress sebagai platform pilihan, keperluan pembelajaran tidak boleh terhenti demi memantapkan lagi kemahiran yang dimiliki. 

Saya menawarkan khidmat pembinaan website untuk peniaga baru, website korpora, website e-commerce dan juga landing page untuk setting iklan google / facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya menerusi laman hubungi. Pertanyaan akan dibalas dalam tempoh kurang 24 jam inshaAllah.